Sunday, February 27, 2011

CTU 551

TOKOH:
IMAM HASBI BIN H.J MOHAMMAD HASSAN

TAJUK:
Tokoh Agama Islam di kawasan anda.

DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd. Aziz bin Harjin         
Pensyarah CTU551

DISEDIAKAN OLEH:
Khadijah binti Mohd Salleh

NO. MATRIK:
2010418188

KUMPULAN:
BMB2Bc

Program:
Sarjana Muda Petadbiran(kepujian) Pengurusan Sumber Manusia

KOD PROGRAM:
BM223

TARIKH HANTAR:
1 Mac 2011

ISI KANDUNGAN:
Pendahuluan
Konsep
Biodata
Pendidikan
Pekerjaan sebagai imam di masjid
Suka duka seorang imam
Masjid An-Nur Pusat Bandar Pasir Gudang
Saranan dan Harapan
Kesimpulan                               




PENDAHULUAN

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh.

Dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: solat berjamaah itu lebih baik  daripada solat sendiri dengan 27 (dua puluh tujuh) darjad. ” 

Imam adalah orang yang memimpin ibadah solat samada solat wajib atau dikenali sebagai solat fardhu dan solat sunnat atau mafilah. Imam akan selalu diikuti gerak – gerinya dalam solat oleh para jemaah yang lain. Walau bagaimanapun, untuk menjadi Imam, seseorang itu haruslah memenuhi beberapa syarat sebagai seorang Imam.  Antaranya ialah seseorang itu haruslah sihat akalnya atau waras  dan mestilah seorang lelaki Islam. Selain itu, seseorang itu haruslah lebih fasih bacaannya. Ini sesuai dengan sabda Rasullah S.A.W :
“ Jika bertiga maka hendaklah mereka dijadikan Imam salah seorang dari mereka, dan yang lebih berhak diantara mereka untuk menjadi Imam adalah orang yang lebih fasih bacaannya. ” 

Seterusnya, masjid bukan sahaja dijadikan sebagai tempat umat Islam menunaikan solat, tetapi ia juga tempat menghimpunkan umat Islam untuk melakukan syura. Hakikatnya, masjid adalah tempat melakukan segala aktiviti yang mengandungi kepatuhan kepada Allah semata. Kerana itu al-Qur’an menegaskan bahawa :
“ Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata, maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah.”  



KONSEP

Secara ringkas, Imam bererti pemimpin. Definisi Imam secara umum ialah individu yang dilantik bagi  memimpin para jemaah ketika melakukan ibadah solat atau amal kebaikan. Erti kata lain, mereka telah diberi kepercayaan manjadi pemimpin bagi satu kumpulan untuk memimpin ke jalan yang benar. Imam tidak dipilih kerana keturunan, kekayaan atau pangkat. Imam yang baik dipilih atas kefasihan bacaannya dan ia merupakan pilihan utama. Seterusnya, seseorang imam yang tidak disukai oleh masyarakat kerana sikap mazmumahnya, maka ia tidak sepatutnya dipilih atau menawarkan dirinya menjadi imam walaupun solatnya adalah sah. Hal ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W :                 
Ada tiga golongan manusia yang solat mereka tidak melampaui kepala mereka iaitu budak yang melarikan diri dari majikannya, wanita yang suaminya marah kepadanya dan Imam yang mengimami suatu kaum sedangkan mereka tidak menyukainya.”

Seseorang yang hendak menjadi Imam hendaklah ikhlas dan melaksanakan amanah Allah S.W.T dengan sebaik – baiknya. Tambahan lagi, seseorang itu perlu mematuhi semua syarat dan rukun – rukun solat. Tanggungjawab Imam amat besar kerana Imam perlu menanggung para jemaahnya melakukan ibadah kepada Allah S.W.T.

Masjid berasal daripada perkataan Arab iaitu "sa-ja-da" yang membawa maksud sujud. Sujud  ialah perbuatan di mana umat Islam meletakkan dahi yang mulia ke posisi yang paling rendah, separas dengan tapak kaki di tempat berdiri. Ini bermaksud, sujud ialah perbuatan untuk menyembah Allah S.W.T. Jadi, definisi keseluruhan masjid ialah rumah tempat menyembah Allah S.W.T atau rumah Allah ( Baitullah ). Rumah Allah yang paling utama ialah Baitullah al-Haram iaitu Kaabah di Makkah al-Mukarramah. Baitullah  menjadi kiblat umat islam iaitu arah menghadapkan muka dan dada ketika mengerjakan solat samada solat wajib mahupun solat sunnat. Dahulunya pada zaman Rasulullah S.A.W, masjid berperanan sebagai rumah ibadat, pusat tarbiyah dan pembentukan peribadi mulia, pusat pembentukan kehidupan ummah dan pusat perpaduan ummah. Sekarang atau masa kini, masjid berperanan sebagai pusat ibadat, pusat pendidikan ummah, pusat penyemaian nilai – nilai keislaman dan pusat rujukan informasi. Ini kerana, terdapat institusi – institusi baru mengambil alih sebahagian peranan masjid pada zaman rasulullah S.A.W iaitu organisasi swasta dan kerajaan.



BIODATA

Nama sebenar Imam Hasbi ialah Muhammad Hasbi bin Haji Mohammad Hassan. Imam Hasbi telah dilahirkan di Sungai Petani, Kedah pada 30 hari bulan 4 tahun 1970. Kemudian, pada tahun 1975, beliau dan ahli keluarganya telah berpindah ke Felda Jengka di Pahang Darul Makmur atas pertukaran tugas bapanya. Sehingga kini, ahli keluarganya masih lagi mentap di Jengka, Pahang. Hasil perkahwinan ibu bapanya, iaitu Haji Mohammad Hassan bin Sulaiman bersama isteri, Hajah Saripah binti Sios. Mereka telah dikurniakan lima  orang cahaya mata dan Alhamdulillah kesemuanya menjadi insan yang berjaya. Imam Hasbi merupakan anak kelima atau dikenali sebagai anak bongsu dalam adik- beradiknya. Kata Imam Hasbi, beliau amat rapat dengan bapanya dan sering berkongsi serta berbincang mengenai agama bersama – sama pada waktu lapang.

Dahulunya, bapa Imam Hasbi juga merupakan di Masjid Felda Jengka, Pahang Darul Makmur selama lima belas tahun (15 tahun) sebelum beliau bersara. Pada tahun 1997, beliau telah berkahwin dengan seorang ustazah iaitu Ustazah Siti Hasimah binti Haji Rosli. Sepanajang perkahwinan beliau, beliau telah dikurniakan lima orang cahaya mata yang masih lagi bersekolah. Kini, Imam Hasbi menetap di Pasir gudang, Johor Darul Ta’zim dan menjadi Imam di Masjid An-nur yang bertempat di Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor.



PENDIDIKAN

Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap diri manusia. Bak kata pepatah, “ ilmu itu merupakan pelita hidup ”. Sebagai seorang Islam, seharusnya kita mengutamakan ilmu sedangkan di dalam solat juga memerlukan ilmu. Ini dapat dilihat apabila Allah menetapkan setiap solat terdapat rakaatnya yang tersendiri. Dari Sa’ad bin Abu Waqqas r.a, Nabi S.A.W bersabda :
“ Kelebihan ilmu lebih aku sukai daripada kelebihan ibadat. Kebaikan dalam agama kamu ialah warak. ” 

Imam Hasbi mendapat pendidikan awal di Madrasah An – Najah Mangkarak, Pahang ketika berusia tujuh tahun atas keminatan beliau dalam mempelajari bidang agama. Beliau telah di didik untuk berdikari walaupun ketika itu beliau masih kecil dan amat rapat dengan bapanya. Atas dorongan ahli keluarganya iaitu ibu dan bapa beliau, Imam Hasbi meneruskan pembelajarannya ke Maahad As- Sultan Ahmad Shah Addini di Bandar Pusat Jengka ,Pahang Darul Makmur pada tahun 1985 ketika itu beliau berusia 15 tahun. Pada waktu itu, Maahad As- Sultan Ahmad Shah Addini baru sahaja dibuka dan pengambilan pelajar masa itu tidak begitu ramai. Imam Hasbi masih mendapat ilmu pengetahuan yang sempurna walaupun di Maahad tersebut baru dibuka dan keperluan – keperluan seperti kitab agama, buku ilmiah  dan lain – lain masih belum mencukupi. Kata beliau, kebanyakan guru di Maahadnya sungguh berpengalaman. Kata beliau juga, beliau amat rapat dengan seorang guru lelaki ketika beliau belajar di sana. Guru tersebut selalu membimbing beliau supaya jangan lalai ketika berada di dunia dan menyuruhnya patuh kepada Allah S.W.T serta menyuruh beliau  mengamalkan prinsip “ amal maaruf nahi mungkar ”. Imam Hasbi juga sering  menanyakan hal- hal agama jika ingin mendapatkan kepastian serta menganggap gurunya sebagai rujukan untuknya. Di sana, banyak ilmu yang beliau perolehi dari segi tajwid, fekah , tauhid, ibadah dan aqidah. Selain itu, beliau juga sering mengikuti kursus menjadi seorang Imam. Beliau mengikuti kursus tersebut atas keminatan beliau dan menganggap bapanya sebagai idola.

Selain itu, beliau sering menjadi Imam di Maahad ketika melakukan solat berjemaah dan bertaskirah bersama rakan – rakannya. Bagi beliau, di Maahadlah tempat dimana beliau dapat melatih diri beliau menjadi Imam yang berpendidikan dan terlatih. Beliau amat menitik beratkan cara pembacaan dan sebutan ayat – ayat Al-Qur’an. Atas sebab itu, beliau sentiasa mengikuti kelas mengaji dan tajwid untuk memantapkan lagi pembacaan ayat – ayat Al-Qur’an. Ketika beliau berusia 23 tahun, beliau telah mengambil peperiksaan SPM secara persendirian seperti mana diambil oleh pelajar – pelajar lain. Syukur Alhamdulillah, berkat kesungguhan beliau , beliau memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam SPM. Walau bagaimanapun, beliau terpaksa menangguhkan pengajiannya ke peringkat diploma kerana ketika itu beliau masih belum berkemampuan membiaya pengajiannya. Alhamdulillah, pada tahun 1997, beliau telah melanjutkan pengajiannya di JAKIM. Di sana, Imam Hasbi mengambil jurusan Diploma Tahfiz sebagai pilihan pengajiannya selama tiga tahun. Beliau menamatkan pengajiannya pada tahun 2000 dan memperolehi segulung  Diploma.



PEKERJAAN SEBAGAI IMAM DI MASJID

Imam Hasbi mula bekerja sebagai Imam sewaktu umur beliau 24 tahun. Ketika itu beliau baru sahaja menamatkan persekolahan dan peperiksaan SPM. Imam Hasbi terpaksa menangguhkan  pengajiannya ke peringkat Diploma. Pada sekitar tahun 1994 iaitu ketika beliau baru sahaja tamat pengajiannya, beliau secara tidak sengaja berjumpa dengan seorang guru yang menawarkan beliau untuk menjadi Imam sehingga memerlukan beliau terpaksa berhijrah ke Johor Bahru, Johor. Pada mulanya beliau amat berat untuk meninggalkan kampung halamannya iaitu di negeri Pahang tetapi keminatan beliau amat mendalam untuk menjadi Imam telah menguasai segalanya dan pekerjaan itu juga merupakan pekerjaan yang paling mulia di sisi Allah. Dari Sahl bin Saad r.a, Nabi S.A.W bersabda:
“ sesungguhnya Allah ‘Azzawajalla adalah mulia. Ia menyukai kemuliaan. Ia juga menyukai akhlak yang tinggi dan membenci akhlak yang rendah. ” 

Pekerjaan sebagai Imam adalah pekerjaan yang amat mulia dan baik di sisi Allah S.W.T. Dengan pekerjaan sebagai Imam membolehkan beliau mengenali dan mendekatkan diri kepada Allah. Di Johor Bahru, beliau menjadi Imam di Masjid wahdiyanah selama dua tahun. Selepas itu, beliau telah menyambung pengajiannya ke peringkat Diploma. Selesai sahaja pengajiannya di JAKIM, beliau telah ditawarkan bekerja sebagai pegawai eksekutif di wakaf Johor Corporation, Johor Bahru. Pada masa yang sama, beliau juga bekerja sebagai Imam sementara di Masjid Jamek Pasir Gudang di Johor pada bulan Mei, 2004. Kemudian, beliau berpindah ke Masjid Taman Cendana di Pasir Gudang Johor pada bulan Ogos hingga November 2007. Di Masjid Taman Cendana, Imam Hasbi banyak mengadakan aktiviti - aktiviti keagamaan seperti ceramah motivasi terbuka, kelas mengaji dan tajwid serta aktiviti lain lagi. Beliau amat dikenali dan di senangi oleh penduduk di kawasan Taman Cendana. Ini kerana beliau amat ramah dan mesra dengan penduduk di sekitar kawasan tersebut. Kebiasaannya, penduduk di kawasan tersebut lebih selesa untuk berkongsi masalah dengan beliau berbanding dengan orang lain. Imam Hasbi akan sedaya upaya menolong untuk menyelesaikan masalah tersebut walaupun masalah itu begitu rumit. Nabi Muhammad S.A.W ada bersabda :
“ Berilah bantuan nescaya kamu mendapat ganjaran. Dan terserahlah kepada Allah untuk menghukum dengan lisan Rasul-Nya akan apa sahaja yang Allah kehendaki. ” 

Pada Disember 2008, beliau telah ditawarkan oleh Johor Corporation untuk menjadi Imam di Masjid An-Nur Pusat Bandar di Pasir Gudang, Johor. Masjid An-Nur Pusat Bandar merupakan masjid di bawah naungan Johor Corporation. Di sana, beliau masih menjalankan aktiviti yang sama kepada para jemaah di Masjid An-Nur. Beliau juga ada membawa para jemaahnya untuk menunaikan umrah serta haji pada setiap tahun mengikut pakej yang ditetapkan. Aktiviti- aktiviti tersebut masih dijalankan secara berterusan. Dari Aisyah r.ha, Nabi Muhammad S.A.W bersabda :
 “ Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit. ” ( riwayat al-Bukhari dan Muslim )

Sehingga kini, Imam Hasbi masih lagi memegang jawatan sebagai Imam di Masjid An-Nur Pusat Bandar.



SUKA DUKA SEORANG IMAM

Semua manusia akan mengalami suka duka dalam kehidupan. Tidak semua manusia samada Islam mahupun Kafir akan mengalami kenangan atau pengalaman manis sahaja. Akan tetapi mereka juga  tetap mengalami kedukaan dalam kehidupan mereka.Hidup di dunia tidaklah selalu indah. Bagi Imam Hasbi, beliau juga tidak terlepas dari kenangan pahit dan segala kenangan pahit tersebut dianggap sebagai tanda peringatan dan memotivasikan beliau. Sekitar tahun 1994, beliau telah ditawarkan bekerja sebagai Imam sementara di Masjid Wahdiyanah di Johor Bahru. Ketika itu beliau masih muda dan baru di situ. Mungkin disebabkan ketika itu beliau masih mentah dan baru lagi, maka keyakinan penduduk kampung di situ terhadap beliau agak kurang. Mereka beranggapan bahawa Imam Hasbi tidak mampu untuk menjadi Imam kepada mereka walaupun hanya Imam sementara. Beliau berkata lagi, ketika beliau mengimamkan para jemaahnya, hanya beberapa sahaja yang hadir untuk menunaikan solat jemaah. Itulah saat2 yang paling getir yang beliau hadapi. Agak susah untuk meyakinkan para penduduk di situ. Tetapi beliau tidak melatah dan berputus asa.Mungkin itu adalah salah satu cabaran yang diberikan oleh Allah kepada beliau untuk menyelesaikannya dengan penuh kesabaran. Rasullah S.A.W ada bersabda :
“ seseorang itu tidak dikurniakan suatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas daripada sabar. ” 

Kegembiraan akan dianggap sebagai kenangan manis dalam diri dan kehidupan manusia apabila ia memberi kesan yang secukupnya. Begitu juga pada Imam Hasbi. Beliau amat gembira apabila cita – cita yang beliau inginkan tercapai. Beliau amat bersyukur dan berterima kasih kepada Allah S.W.T. Bagi beliau, kenangan paling manis ialah apabila pertama kali beliau ditawarkan menjadi imam walaupun ketika itu beliau hanya menjadi Imam sementara. Kata beliau, untuk menjadi seorang imam amat susah kerana memerlukan kepercayaan yang tinggi, boleh membimbing para jemaahnya, pembacaan ayat – ayat Al-Qur’an yang betul dan mengikut tajwidnya, memerlukan jati diri yang kuat dalam menghadapi segala masalah dan amanah serta kejujuran. Tetapi, kenangan manis yang paling tidak dapat beliau lupakan apabila beliau telah diberi kepercayaan yang tidak ternilai oleh seorang guru yang pernah menawarkan dirinya untuk berbakti kepada muslimin dan muslimat ke jalan yang diredhai Allah S.W.T. Sehingga kini, Imam Hasbi masih menjalankan tanggungjawabnya itu untuk membimbing umat Islam ke jalan yang benar.



MASJID AN-NUR PUSAT BANDAR PASIR GUDANG    

Masjid An-Nur Pusat Bandar ditubuhkan pada bulan 30 November 2008. Masjid ini dibina dan diletakkan dibawah wakaf Johor Corporation Bhd. Selain Masjid An-Nur di Pusat Bandar, terdapat juga pelbagai masjid dibawah wakaf Johor Corporation antaranya ialah Masjid Jamek Pasir Gudang, Masjid Jamek Taman Cendana, Masjid Jamek Ladang Ulu Tiram, Masjid Jamek Pulau Sibu, Masjid An-Nur Larkin Sentral dan Masjid An-Nur Kotaraya. Terdapat dua masjid lagi masih dalam perancangan Johor Corporation iaitu Masjid di Bandar Dato Onn dan Masjid di KOMTAR Johor Bahru. Masjid An-Nur Pusat Bandar bersebelahan dengan menara Aqabah iaitu menara perbadanan Pasir Gudang. Setelah siapnya masjid ini, ia telah memberi kemudahan kepada para pengunjung di Pusat Bandar, penduduk–penduduk di Pasir Gudang dan pekerja–pekerja di Menara Aqabah untuk menunaikan ibadat mereka. Kerja-kerja awal pembinaan masjid telah bermula pada tahun 2007 dan telah siap pada tahun 2008 dan kos pembinaan keseluruhannya sebanyak RM1.6 juta.

Walaupun Masjid An-Nur Pusat Bandar baru tiga tahun ditubuhkan, tetapi pelbagai aktiviti telah dijalankan di sana. Antaranya ialah program menunaikan haji dan umrah termasuk kursus haji dan umrah, ceramah, kelas agama, kelas mengaji tidak kira muda mahupun yang telah berumur dan pelbagai lagi. Ahli jawatankuasa Masjid An-Nur Pusat Bandar sering bekerjasama dengan ahli jawatankuasa Masjid Jamek Pasir Gudang mengadakan majlis amal untuk meraikan anak-anak yatim pada bulan Ramadhan.



SARANAN DAN HARAPAN

Imam Hasbi amat berharap agar ibubapa dapat membimbing dan mengajar ilmu agama kepada anak-anak mereka. Tetapi pada masa kini, ramai anak–anak terlibat dalam gegala sosial akibat kurang ajaran agamanya. Imam Hasbi tidak menyalahkan anak-anak muda kerana ia berpunca daripada ibubapa mereka sendiri atau pun orang yang lebih tua. Ibubapa tidak memberi perhatian atau menitik beratkan tentang agama dalam kehidupan harian mereka. Mereka lebih memberi perhatian pada amalan di dunia berbanding amalan di akhirat. Padahal akhirat lagi penting berbanding di dunia.  Jadi masalah ini telah memberi contoh yang buruk kepada anak-anak mereka. Selain itu, jika seseorang itu merasakan bersalah terhadap Allah S.W.T, maka seelok-eloknya mereka berasa insaf dan segera membetulkannya dan Insya’allah Allah Taala akan sentiasa membantu membetulkan diri mereka. Setelah itu, insya’allah mereka juga dapat membantu membetulkan orang lain.  Allah Taala juga menarik anak-anak muda . Apabila mereka menunjukkan amalan yang baik, merasai kemanisan dalam agama, aqidah yang betul, jati diri seorang muslim yang betul seperti sahabat-sahabat nabi yang dikehendaki oleh Allah, maka mereka semua akan terselamat di dunia dan di akhirat.



KESIMPULAN
Imam Hasbi merupakan imam yang tidak pernah berputus asa dalam menyelesaikan segala masalah yang dihadapinya seperti yang dialami olehnya ketika waktu beliau pertama kali menjadi imam sementara di Masjid Wahdiyanah. Selain itu, menjalankan tanggungjawab amatlah penting dan seharusnya menjalankan dengan ikhlas, jujur dan amanah kerana ia akan memberi kesan kapada kehidupan seseorang. Ibubapa juga perlu menitikberatkan tentang agama Islam walaupun sekarang adalah zaman moden atau zaman millenium.



RUJUKAN
Dari Imam Hasbi, Imam Masjid An-Nur Pusat Bandar Pasir Gudang.
Buku Panduan Islam.
Buku Diari Islam.